31 August 2008

Selamat datang wahai Ramadhan

Jika anak bulan kelihatan petang ini di mana-mana lokasi yang telah ditetapkan. Maka 1 Ramadhan akan jatuh pada hari esok (isnin) dan jika tidak kelihatan maka 1 Ramadhan akan jatuh pada hari selasa. Alhamdulillah..segala puja dan syukur kepada Allah yang menghadiahkan kepada ummat ini dengan hadiah yang sangat bernilai sebagaimana yang telah dihadiahkan oleh Allah kepada ummat-ummat yang terdahulu.
Ramadhan adalah "hadiah istimewa" dari Allah untuk hamba-hamba-Nya. Dalam hidangan ilahi ini terkandung berbagai-bagai nikmat dan rahmat-Nya. bertuahlah mereka-mereka yang dipanggil oleh Allah menjadi tetamu RamadhanNya dan berjaya pula mencicip berbagai kelazatan yang dihidangkan. Justeru itu malanglah mereka yang diberi peluang melingkungi hidangan Ramadhan tetapi gagal meneguk walau seteguk nikmat yang ada di dalamnya.
Imam al-Ghazali menjelaskan di dalam kitabnya Ihya' ulu middin berkaitan kelebihan Puasa. Bahawa orang yang berpuasa itu ada tiga golongan. Yang pertama ialah puasa orang Awwam. Kedua puasa orang Khowwas dan ketiga ialah puasa golongan khowwasul Khowwas. bacalah kitab karangan ulama ulung itu nescaya akan kita ketahui dimana posisi puasa kita sebelum ini. wallahu 'allam.

27 August 2008

ACEH

Sejak 21-25 ogos lepas ana telah berkesempatan menziarahi Teunku Hassan Irhas (sahabat se ISA) di Banda Aceh. Beliau yang sebelum ini anggota GAM (Gerakan Aceh Mardeka) yang bangun bersama jutaan rakyat Aceh menuntut janji kemerdekaan dari Pemerintah Pusat (Jakarta). Kini beliau berkhidmat sepenuh masa dengan "Partai Aceh". Partai sah yang dibentuk selepas "perjanjian Helsinki"yang ditandatangani pada15 Ogos 2005, selepas Aceh dilanda Thunami akhir 2004. Perjanjian damai antara GAM dan Pemerintah Pusat di Jakarta telah memberi ruang dan nafas kedamaian yang cukup berharga kepada rakyat Aceh yang telah sekian lama menderita dizaman konflik. Zaman yang menyaksikan kelaparan, pemerkosaan, pembunuhan kejam dan penyiksaan serta berbagai bentuk keperitan.
Kebetulannya ketibaan ana dan rombongan di Banda Aceh beberapa hari selepas penamaan calon dari berbagai partai yang sama-sama dahulu mendahului meraih sokongan pengundi menjelang "Pemilu" april 2009. Bendera berbagai partai berkibaran di merata tempat dan sepanjang jalan. Walau bagaimanapun kelihatan bendera "partai Aceh" lebih mendominasi perlumbaan bendera dan lambang itu.
Saya dan rombongan telah diterima tamu oleh MUNA ( Majlis Ulama Nenggoroe Aceh) Pusat juga MUNA di wilayah Banda Aceh, Pidei dan Pasee. Di samping sempat berkenalramah dengan anggota MUNA diwilayah-wilayah tersebut, kami juga berkesempatan bertemu dengan beberapa orang Tuan Guru ( Abun) di Pondok-pondok (Dayah) yang menghiasi dan melatari perkembangan Islam di Bumi Aceh. Rata-rata rakyat Aceh yang kami temui sangat-sangat merindui kebebasan Aceh. Mereka mahukan hasil bumi Aceh dapat nikmati sepenuhnya oleh rakyat Aceh sendiri. Setiap tuturkata mereka bertunjangkan keyakinan semangat darah juang yang mengalir sepanjang sejarah Aceh sebelum ini. "Meudarah Ate" atau sakit hati yang bersangatan masih dapat dilihat dari raut wajah mereka bila membicarakan ketidakadilan dan kezaliman yang pernah menghimpit sejarah mereka. Namun kerana rindukan keamanan dan perlaksanaan Islam dibumi Aceh mereka harus terus bersabar mengharungi perjuangan Politik yang mengantikan perjuangan senjata sebelum ini. Tidak mudah untuk rakyat Aceh mengharunginya. Namun saat pesawat berlepas meninggalkan bumi Aceh, ana rafakkan doa mudah-mudahan Allah memberikan kemenangan kepada perjuangan tulus rakyatnya. Kegemilangan kesultanan Islam Pasai di zaman Maliku Solleh akan merimbun kembali. Aminn.

17 August 2008

Muktamar sudah selesai,jihad akan diteruskan.

Alhamdulillah..hari ini muktamar telah selesai dengan ucapan penangguhan dari presiden Tuan Guru Haji Abdul Hadi. Ana sepatutnya tunggu sehingga muktamar berakhir sebagai Perwakilan Dewan Ulama', tetapi kerana isteri memaklumkan anak sulung kami sakit, maka saya terpaksa balik dengan segera. Saya sepatutnya berucap bagi pihak Dewan Ulama jika ada usul yang bersifat menyerang majlis Syura'. Namun alhamdulillah..tiada usul seumpama itu yang diketengahkan oleh perwakilan.
Dalam muktamar yang lalu ada jugak suara-suara yang mencadangkan agar keanggotaan majlis syura dibuka keepada individu-individu dikalangan "bukan Ulama".Kemudian ada ucapan dari perwakilan pahang agar motto "kepimpinan Ulama" di tukar kepada "kepimpinan Islam". Pendek kata macam-macam suara yang bersifat menidakkan peranan ulama' cuba diketengahkan.
Dalam muktamar "Dewan Ulama" sehari sebelum muktamar penuh, ana telah berucap mewakili Dewan Ulama Pahang. Ana cuba menarik perhatian Ulama tentang adanya usaha-usaha individu-individu tertentu dalam jamaah yang mengadakan jamaah dalam jamaah, mesyuarat kecil selepas mesyuarat Pas. Ana tekankan persoalan wala' serta kesetiaan kepada parti dan jamaah. Kerja-kerja sulit ini menjalar halus dalam jamaah. Sehingga adanya usaha mencaturkan indidvidu-individu tertentu mengisi jawatan-jawatan tertentu dalam jamaah. Ushanya sehingga berjaya menguasai parti dan membentuk satu aliran fikrah yang sejajar dengan kehendak mereka dan jamaah mereka. Ana cuba ingatkan para Ulama agar menyedari hakikat ini. Kepimpinan Ulama dalaam Pas wajib dipertahankan. Kerana itulah amanah yang kita warisi daripada segolongan Ulama terdahulu yang mengasaskan Pas ini, seterusnya dipimpin oleh ulama silih berganti. Ana nak ingatkan mereka yang berada dalam pas tetapi tak setuju dengann konsep kepimpinan ulama agar tubuh parti sendiri, jangan kacau pas. Kamu buatlah jamaah yang diacu dalam acuan fikrah kamu. ..
Alhamdulullah...rata-rata perwakilan ( termasuk ucapan sahabat se ISA ana Ust Lutfi mewakili DPP Kedah) menyokong dan menegaskan agar kepimpinan Ulama dan tarbiyyah menjadi tunjang jamaah yang tercinta ini. Begitu juga ucapan sahabat ana Ust Nasaruddin Tantawi (Tim. Ketua DPP Puasat)..Alhamdulillah..bagunlah wahai pemuda, Ulama, dan Muslimat mempertahankan jamaah ini dari serangan luaran dan serangan halus dari dalam. Takbirrrrr.!!!

14 August 2008

Muktamar Pas ke 54

Al-Hamdulillah..esok muktamar Dewan Ulama,Pemuda dan Muslimat berlangsung serentak. Manakala Muktamar penuh pada pagi Jummat akan bermula dengan Ucapan Dasar Dato' Seri Tuan Guru Presiden. Sebahagian besar Pemerhati dan Perwakilan membuat andaian Muktamar kali ini agak panas walaupun tiada pemilhihan pimpinan. Ini adalah keerana beberapa bulan sebelum Muktamar Pas dihangatkan dengan issu Muzakarah dan Muqabalah.
Perwakilan dijangka akan memberikan tumpuan ucapan masing-masing kepada issu tersebut disamping issu "Protes" yang dipengerusikan oleh Dr Hatta Ramli. Selain itu ucapan perwakilan dijangka akan menyentuh mengenai cadangan keeahlian bersekutu bukan Islam serta perkara-perkara yang berkaitan pentadbiran negeri-negeri yang ditadbir oleh Pas,PKR dan DAP. Walau apa pun, Muktamar kali ini diramalkan agak luar biasa berbanding muktamar sebelumnya, kerana banyak issu yang mahu diperkatakan oleh perwakilan yang membawa hasrat ahli bawahan.
"Penilaian semula" kepimpinan dan peranan Ulama dalam Pas yang disuarakan oleh Ketua Pemuda YB Sdr Salahuddin Ayyub yang tercatat di dalam buku ucapan dasarnya, tidak kurang akan menarik perhatian perwakilan. Pas yang telah bermuktamar sebanyak 54 kali dijangka sekali lagi berjaya menghidangkan suasana bermuktamar yang matang, bertenaga dan berwibawa serta penuh bertanggungjawab.